Anda Cari Madu Kelulut Asli ?
Selamat Datang ke laman web MaduKelulutQueen.com
Solusi stok madu kelulut original terjamin asli 100% hasil ternak lebah kelulut di ladang kelulut sendiri untuk kesihatan anda.
Madu Kelulut Queen
"Solusi Stok Madu Kelulut Asli Anda"
Madu Kelulut Queen adalah Madu kelulut asli yang kami tuai sendiri dari sarang lebah kelulut itama dan kelulut thoracica diternak sendiri di dalam Ladang Kelulut Queen yang terletak di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor. Ia dibotolkan mentah, tidak dipanaskan dan tiada bahan pengawet tambahan ditambah.
Madu Kelulut Queen solusi semulajadi terbaik untuk anda yang untuk menghilangkan batuk berpanjangan, selsema, sakit tekak dan asma serta gastrik. Anda mahu cepat sembuh dari terluka dan melecur. Termasuk dapat meningkatkan prestasi tenaga untuk bekerja dan bersukan serta menguatkan sistem imunisasi badan anda.
Tidak seperti produk madu kelulut lain, Madu Kelulut Queen hanya memberikan anda stok madu kelulut hasil ternak sendiri sahaja supaya terjamin 100% madu kelulut asli.
Pilihan madu kelulut original yang tepat dan menjimatkan wang dalam pelaburan untuk menjaga kesihatan anda dari sumber alam semulajadi.
KETAHUI 10 KHASIAT MADU KELULUT QUEEN UNTUK KESIHATAN ANDA
1. Melegakan Batuk, Selsema, dan Sakit Tekak Anda
Madu Kelulut mengandungi sifat antibakteria dan antimikrob yang membantu meredakan gejala batuk, selsema dan sakit tekak. Dapat membantu anda mempercepat proses penyembuhan secara semulajadi.
2. Menyembuhkan Luka dan Melecur Pada Badan Anda dengan Cepat
Sifat anti-radang dan pemulihan dalam madu kelulut asli membantu menyembuhkan luka dan melecur pada badan anda dengan cepat. Madu kelulut dapat merangsang pembentukan tisu baru pada kulit anda untuk pemulihan yang lebih pantas.
3. Mencegah Kanser dan Penyakit Jantung Kepada Anda
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam Madu Kelulut membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakkan radikal bebas, yang boleh membantu mencegah risiko kanser dan penyakit jantung.
4. Mengurangkan Ulser dan Gangguan Gastrik Kepada Anda
Sifat antimikrob dan anti-radang madu kelulut dapat membantu meredakan ulser dan masalah gangguan gastrik, memberikan keselesaan kepada perut anda.
5. Sifat Anti-bakteria, Anti-kulat Dan Anti-radang
Madu Kelulut mengandungi sifat antibakteria, anti-kulat dan anti-radang semulajadi yang membantu melawan jangkitan dan keradangan dalam tubuh anda.
6. Tingkatkan Prestasi Tenaga Bekerja dan Bersukan Anda
Madu kelulut kaya dengan nutrisi yang dapat meningkatkan prestasi tenaga bekerja dan daya tahan semasa aktiviti fizikal dan bersukan.
7. Menstabilkan Kandungan Gula Dalam Darah Anda
Madu Kelulut dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah, memberikan manfaat kepada anda yang menghadapi penyakit kencing manis.
8. Madu Kelulut Kaya dengan Probiotik
Kandungan probiotik semulajadi dalam madu kelulut memberikan sokongan kepada kesihatan usus dan pencernaan tubuh badan anda.
9. Menguatkan Sistem Imunisasi Badan Anda
Madu kelulut meningkatkan sistem imunisasi badan anda dengan menyediakan nutrisi dan antioksidan yang diperlukan untuk melawan jangkitan dan penyakit.
10. Meningkatkan Daya Ingatan Anda
Madu Kelulut mengandungi nutrisi yang dapat membantu meningkatkan fungsi otak, termasuk daya ingatan anda.
Jom sihat dengan
Madu Kelulut Queen
Kami menyediakan 3 pek utama Madu Kelulut Queen dalam botol kaca khas untuk pilihan anda.

Pek Terminata : Madu Kelulut Queen 100g
• Pek Madu Kelulut Terminata memudahkan anda untuk membawa madu kelulut ketika bermusafir balik kampung, pergi bercuti, pergi menunaikan ibadah haji dan umrah ke Mekah.
• Amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada sahabat anda.
• Had umur : Sesuai untuk minuman semua.

Pek Itama : Madu Kelulut Queen 200g
• Pek Madu Kelulut Itama amat sesuai untuk anda yang sentiasa amalkan minum madu kelulut setiap hari.
• Amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada ibubapa tercinta anda.
• Had umur : Sesuai untuk minuman semua.

Pek Thoracica : Madu Kelulut Queen 1Kg
• Pek Madu Kelulut Thoracica untuk stok madu kelulut keperluan sekeluarga anda.
• Sesuai untuk ahli keluarga yang mengamalkan madu sebagai solusi semulajadi untuk khasiat tambahan sistem imunisasi badan anda.
• Had umur : Sesuai untuk minuman semua.
Kenapa Pilih
Madu Kelulut Queen ?
Pakar Ternak Lebah Kelulut
Kami adalah pakar dalam penternakan lebah kelulut itama dan kelulut thoracica. Berpengalaman 5 tahun dalam menternak lebah kelulut. Bermula dari ternak kecil-kecilan di rumah sehingga membuka Ladang Kelulut Queen.
Sumber Madu Kebun Kelulut Sendiri
Kami mempunyai sumber madu kelulut asli hasil tuai dari Ladang Kelulut Queen sendiri yang menternak spesis kelulut itama dan kelulut thoracica terletak di pinggir Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
Sumber Madu Semulajadi
Hasil tuaian Madu kelulut asli dari Ladang Kelulut Queen kami bebas daripada sebarang pewarna tiruan, pemanis, racun perosak, antibiotik atau bahan kimia. Sumber madu dicari sendiri oleh kelulut diternak dari bunga tumbuhan sekitar 1km radius.
Tuai Madu kelulut Sendiri
Penternak sendiri yang akan menuai hasil madu kelulut dari setiap sarang lebah kelulut di Ladang Kelulut Queen tanpa menggunakan pekerja. Bagi memastikan dan menjamin kualiti madu kelulut asli dituai secara bersih dan berkualiti.
Teknik Penternakan Semulajadi
Kami menternak lebah kelulut menggunakan teknik batang log, kotak hive dan topping madu sama seperti habitat semulajadi lebah kelulut itama dan kelulut thoracica bagi memastikan kelulut diternak aktif membiak dan bertahan lebih lama.
Sumber Nektar Bunga Semulajadi
Kami jamin semua Madu Kelulut Queen hasil pengambilan lebah kelulut diternak berasal dari sumber nektar sebenar seperti bunga pokok kelapa, limau, senduduk, akasia, golden panda, belimbing, pokok buah-buahan dan pokok herba serta pokok hutan berdekatan.
Kantung Madu Propolis Asli
Supaya menghasilkan madu Kelulut asli yang berkualiti tinggi. Hasil Madu Kelulut Queen menggunakan kantung madu propolis yang dibina sendiri oleh lebah kelulut diternak. TIDAK langsung menggunakan bekas plastik tiruan. Hasil madu dituai menghasilkan madu kelulut manis, madu kelulut pahit dan madu kelulut masam.
Stok Madu Kelulut Sendiri
Bagi memastikan kualiti dan menjamin madu kelulut yang dijual 100% madu asli. Semua Madu Kelulut Queen yang dijual kepada anda hasil dituai dari Ladang sendiri sahaja. Keunikan hasil tuaian madu kelulut kami ada berbagai warna madu kelulut warna hitam, kuning cerah/gelap dan hampir jernih ikut sumber nektar dari bunga yang diambil.
Ladang Madu Kelulut Queen
Gambar Ladang Kelulut Queen Di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor
Laluan masuk ke Kebun Kelulut Queen.
Sarang kelulut itama dibawah pokok rambutan.
Bagi memastikan madu kelulut dijual asli kami ternak sendiri lebah kelulut di kebun Kelulut Queen. Sarang kelulut dibawah pokok dukung.
Sarang kelulut itama dibawah pokok manggis.
Sarang kelulut dibawah pokok manggis.
Proses menuai madu kelulut itama dilakukan oleh kami sendiri bagi menjaga kualiti dan menjamin keaslian Madu Kelulut Queen.
Testimoni Pelanggan
Apa kata mereka selepas merasai sendiri dan mengamalkan Madu Kelulut Queen “Solusi Stok Madu Kelulut Asli Anda“
(Pekerja Swasta, KL)
(Surirumah, Sg Buaya)
(Staff Produa, Serendah)
(Staff MJD Berhad, Bdr Sg Buaya)
(Pekerja Swasta, Bukit Sentosa)
(Pekerja Swasta, Sg Buaya)
Kami sudah amalkan Madu Kelulut Queen dan merasai keaslian rasa madu kelulut sumber alam semulajadi serta kesannya……
Anda Bila Lagi ?
Tuan Ilham Halid pilih Pek Thoracica – Madu Kelulut Queen 1Kg
Puan Zainah Yusof pilih Pek Itama – Madu Kelulut Queen 200g
Tuan Abdullah Sani pilih Pek Itama – Madu Kelulut Queen 200g
Tuan Baha pilih Pek Terminata – Madu Kelulut Queen 100g
Cikgu Sabariah Ibrahim pilih Pek Terminata – Madu Kelulut Queen 100g
Ustaz Harris Hanafiah pilih Pek Terminata – Madu Kelulut Queen 100g
Tuan Azrin pilih Pek Terminata – Madu Kelulut Queen 100g
Tuan Ahmad pilih Pek Terminata – Madu Kelulut Queen 100g
Tuan Hashim pilih Pek Itama – Madu Kelulut Queen 200g
Tuan Azrul pilih Pek Terminata – Madu Kelulut Queen 100g
TESTIMONI PENGHANTARAN MADU KELULUT QUEEN SECARA POS
Kami Terima Madu Kelulut Queen dengan “Selamat”
Penghantaran Madu Kelulut Queen Ke Johor
Pembelian 4 botol Madu Kelulut Queen 100g – Pek Terminata.
Penghantaran Madu Kelulut Queen Ke Johor
Pembelian 4 botol Madu Kelulut Queen 100g untuk keperluan sekeluarga.
Penghantaran Madu Kelulut Queen Ke Johor
4 botol Madu Kelulut Queen selamat terima di JB.
Penghantaran Ke Teluk Panglima Garang, Selangor
Pembelian 2 botol Madu Kelulut 100g Queen untuk bapa mertua batuk.
Madu Kelulut Untuk Batuk Berpanjangan
🍯 Lawan batuk berpanjangan dengan Madu Kelulut Queen! 🍯
Madu Kelulut Queen adalah pilihan terbaik untuk mengatasi batuk berpanjangan. Madu kami adalah madu kelulut 100% asli yang kami tuai dari sarang kelulut sendiri di Farm Kelulut Queen di Kg Sg Buaya, Rawang, Selangor.
🌱 Kelebihan Madu Kelulut Queen:
✅ Meredakan batuk dengan berkesan dan pantas.
✅ Diperoleh dari sarang kelulut diternak sendiri.
✅ Tanpa bahan tambahan berbahaya.
✅ Kualiti terjamin 100% dari sumber alam semulajadi.
Jangan biarkan batuk berpanjangan mengganggu kesihatan dan aktiviti harian anda. Dapatkan Madu Kelulut Queen sekarang, terbukti meredakan batuk berpanjangan.
ANDA BATUK ?
Madu Kelulut Queen
Melegakan Batuk Berpanjangan
HUBUNGI KAMI
013 545 0516
No.16, Jalan Selasihsari 3, Precint 3, Bandar Sungai Buaya,
48010 Rawang, Selangor.
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Apa itu Madu Kelulut Queen?
Madu Kelulut Queen adalah madu kelulut asli berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh lebah kelulut itama dan thoracica yang kami ternak sendiri di Ladang Kelululut kami terletak di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
2.. Apa perbezaan antara Madu Kelulut Queen dengan madu lebah lain?
Madu Kelulut Queen dihasilkan oleh lebah kelulut itama dan kelulut thoracica, yang lebih kecil dan tidak mempunyai sengat. Saiz kecil kelulut boleh menghisap bunga kecil berhasiat dengan mudah. Ia mengandungi sifat antibakteria, antioksidan, dan nutrisi yang tinggi membuatkan Madu Kelulut Queen unik dan dijamin asli.
3. Bagaimana cara pengambilan Madu Kelulut Queen?
Anda boleh mengambil Madu Kelulut Queen secara terus dari botol sebaiknya menggunakan sudu plastik (sudu teh) sejam sebelum sarapan pagi (sehari sekali ) dan malam sebelum tidur (sehari 2 kali). Boleh dicampurkan dengan air suam atau mineral.
Pengambilan madu kelulut queen untuk batuk, sakit tekak dan asma. Minum segelas air dahulu dan kemudian baru minum madu kelulut queen untuk cepat keberkesanannya.
Jika anda terluka kecil, bersihkan dahulu kawasan luka dengan air suam. Sapu terus madu (guna kapas pengorek telinga), tahan sikit rasa pedih sementara. Sapu sekurangnya sehari 2 kali selepas mandi pagi dan petang.
4. Adakah Madu Kelulut Queen boleh membantu masalah pernafasan seperti batuk dan asma?
Madu Kelulut Queen mengandungi sifat antibakteria dan anti-radang yang boleh membantu meredakan gejala batuk dan asma.
Manafaat lain madu kelulut dapat menyembuhkan luka dengan cepat, mencegah kanser dan penyakit jantung, mengurangkan ulser, anti-bakteria, anti-kulat, meningkatkan prestasi tenaga, menstabilkan kandungan gula dalam darah.
5. Berapa lama saya perlu mengambil Madu Kelulut Queen sebelum melihat hasilnya?
Kesan Madu Kelulut Queen berbeza untuk setiap individu. Kebanyakkan pelanggan kami memaklumkan perubahan positif dalam beberapa hari atau minggu. Keberkesanan bergantung kepada masalah dihadapi dan faktor kesihatan individu.
6. Bagaimana cara penyimpanan yang betul untuk Madu Kelulut Queen?
Simpan Madu Kelulut Queen di tempat yang sejuk dan jauh daripada cahaya matahari terus supaya tidak meletop serta meruap ketika dibuka. Sebaiknya simpan dalam peti sejuk bahagian biasa untuk mengelakkan ia menjadi terlalu masam dan kekalkan rasa asalnya.
7. Apakah perbezaan antara Madu Kelulut Queen dengan madu kelulut lain yang di pasaran?
Madu Kelulut Queen kami dihasilkan dari lebah kelulut kami ternak sendiri dan dipantau dengan teliti untuk memastikan kualiti terbaik dan terjamin madu kelulut asli segar dari ladang kelulut kami.
8. Bagaimana saya boleh membuat pesanan?
Anda boleh membuat pesanan dengan mudah melalui laman web kami. Pilih produk pek madu kelulut yang anda inginkan, isi borang pembelian, pilih cara pembayaran. Selepas bayaran disahkan diterima, pihak kami akan mula proses pembungkusan madu kelulut dibeli dan akan diposkan kepada alamat anda.
9. Ada penghantaran Madu Kelulut Queen Ke Sabah Sarawak ?
Maaf, buat masa ini penghantaran Madu Kelulut Queen secara POS hanya di Semenanjung Malaysia sahaja.
10. Berapa tempoh penghantaran yang dijangka?
Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi tempat tinggal anda. Kebiasaannya dalam tempoh 2-5 hari bekerja bagi penghantaran di Semenjung Malaysia. Kami akan whatsapp kepada anda nombor tracking penghantaran madu kelulut dibeli.
Pembelian Madu Kelulut Queen secara online pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan dipos kepada anda pada hari Isnin.
11. Bolehkah saya membeli Madu Kelulut Queen secara COD ?
Maaf buat masa ini pembelian secara COD dibuat di kawasan Bandar Sungai Buaya sahaja. Kos penghantaran madu kelulut Queen PERCUMA ke rumah anda.
